Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter Francissca_Peter

Pada 4, 5, dan 6 Februari 2011, Fran telah mengadakan Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter di Panggung Sari, Istana Budaya menjadi artis bukan melayu pertama membuat Konsert di Istana Budaya sempena 33 tahun pembabitannya dalam industri muzik Malaysia. Menyampaikan 33 lagu, Persembahannya diiringi 33 orang pemuzik yang dipimpin oleh pengarah muzik tersohor, Datuk Haji Ramli MS. Rakan duetnya, Royston Sta Maria turut diterbangkan khas dari Perth Australia untuk berpadu suara menerusi lagu berjudul , Tak Kenal Maka Tak Cinta, Siapa Dia Sebelum Daku dan Bersama Pertemuan Ini.

Ketika konsert prebiu untuk media yang dibuat sehari sebelum konsert sebenar, Fran yang selama ini bijak menyimpan rahsia peribadi beliau, telah mengumumkan perpisahan beliau dengan suami sejurus sebelum mendendangkan lagu "Aku Kehilanganmu".

Wanita yang paling berinspirasi di Malaysia

Pada 8 Mac 2011, Fran telah dipilih sebagai salah satu daripada wanita-wanita yang paling berinspirasi di Malaysia.[perlu rujukan] Lagu "Tomorrow" dan "It Starts with Me" telah dipilih oleh The International Aid Organisation World Vision pada tahun 2012 untuk mempromosikan biasiswa kanak-kanak menerusi saluran TVB Hong Kong. Lagu tersebut ditulis oleh Fran dan Bibiana Peter.[1]